Followers

Monday, December 31, 2012

Entry Terakhir 2012 & Tugasan Tahun 2013



Hari ni dah hari terakhir bagi tahun 2012... Banyak kenangan manis yang Fik dapat rasai di tahun 2012. Sangat happy.... Antaranya BFF Fik dah kawin, Fik happy bila tgk dia happy. Tengoklah wajah2 happy Fik di Tahun 2012. Sangat seronok kan.... Pagi tadi Fik attend meeting sekolah bagi mengetahui senarai tugasan Fik bagi tahun 2013. Jeng3....


Ni lah tugasan Fik bagi tahun 2013. Makin bertambah kan tapi still seronok dan harap dapat wat yang terbaik.


Ni pulak Jadual Mengajar Fik... Nampak macam sikit kan.. Tapi yang kosong lepas rehat tu Fik kena uruskan data sekolah. Namapun guru data kan.


Akhirnya dapat gak wat entry terakhir di tahun 2012. Alhamdulilah tahun 2012 di tinggal dengan senyuman dan tahun 2013 di sambut dengan penuh semangat... 

P/S : Esok Pendaftaran Murid...



Sunday, December 30, 2012

Kepuasan Diri



Hari ni dah 30hb.12.2012, esok hari terakhir kita berada di tahun 2012. Maka tutuplah buku tahun 2012 bagi diri Fik. So, Fik nak minta maaf klau de wat salah kat sesiapa. Harap kita akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Untuk karier Fik sebagai seorang guru, Fik sangat happy pada tahun 2012 ni. Banyak kejayaan yang Fik perolehi pada tahun ini dan memberi kepuasan bagi diri Fik. Tengok senyuman Fik yg penuh ikhlas tu.. hihihihi.. Fik nak senaraikan kepuasan Fik bagi karier untuk tahun 2012.

  • Tiada Cuti Rehat Khas Yang Fik Ambil (cuti rehat khas untuk guru 7 hari)
  • 1 Hari Cuti Sakit 
  • Menghadiri semua kursus yang Fik kena pergi. (selalunya ada yang Fik tolak)
  • Menjadi Johan Koir Kod Tangan Peringkat Sekolah (Kelab Kemahiran Hidup)
  • Mendapat Anugerah Khas SK Pendidikan Khas Selangor bagi tahun 2012.
  • 2 orang murid yg Fik ajar BM berjaya lulus bagi kertas penulisan. (selalunya murid2 pekak susah nak lulus BM penulisan)
Alhamdulilah kejayaan ini hasil usaha sendiri dan juga pertolongan dari pihak sekolah serta rakan sekerja dan juga anak murid Fik. Bagi tahun 2013, Fik akan berusaha lebih lagi untuk memajukan diri dan membantu anak2 murid Fik mencapai kejayaan.. Doakan ya kawan2...

P/S : Esok meeting guru, x sabar nak tahu tugas apa menanti tahun 2013.



Tuesday, December 25, 2012

Pengalaman di Hospital....



Salam semua... Dah lama Fik x update, sbb Fik blk kg. Mesti ramai yang pergi bercuti kan masa cuti sekolah ni. Fik pun pi bercuti gak tapi kad hospital di Wad Paliatif Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang di Kuantan. Korang mesti x tahu kan apa fungsi wad ni. Kebanyakan pesakit yang masuk wad ni antara mereka yang mempunyai penyakit kritikal dan tidak berpeluang untuk pulih lagi. Fik ada kat wad ni bukannya sbb Fik yang sakit tapi atuk Fik yang sakit. Dah hampir sebulan dia dimasukkan ke wad itu dan keadaannya semakin lama semakin lemah. Dia dah x blh nak jalan sbb kansernya telah melarat ke hati, buah pinggang dan saraf. 

Alhamdulilah..... Kami sekeluarga (keluarga belah mak) bergilir2 menjaga atuk. Fik sempatlah menjaga atuk selama seminggu. Masa Fik jaga atuk hari itu, ada 6 org pesakit kat dalam wad hari tu. Kebanyakkan sakit kanser tapi pada hari ketiga Fik ada kat sana salah seorang pesakit SLE yang berumur 24 tahun telah meninggal dunia. Arwah bekerja di TUDM dan memegang jawatan pegawai kanan. Sangat sedih melihat semasa arwah sedang nazak. Sedekahkanlah al-fatihah buat arwah ya kawan2...

Apa Fik yg nampak masa kat wad tu, kita macam 1 keluarga. Boleh borak2 dan tolong antara satu sama lain. Banyak benda yg menyedarkan Fik masa Fik ada kat wad tu.. Duit bukan segalanya... Bila tengok pesakit2 yg terlantar kat sana tersenyum, Fik pun turut happy. Kalau korang nak tahu jaga orang sakit ni kena banyak bersabar dengan kerenah mereka lagi2 yg dah tua. Mereka kembali menjadi kanak2. 

Ya Allah... Kurangkanlah kesakitan atukku Ya Allah..

P/S: Kita x tahu bila kita akan mati. So, kalau ada wat salah sesama manusia cepat2lah minta maaf. Berdosa dengan Allah, cepat2lah bertaubat..