Followers

Sunday, September 30, 2012

Fakta Nombor Di Bulan September


Hari ni dah hari terakhir kita berada di bulan September 2012. Dalam post sebelum2 ni Fik ada kata yang bulan ni bulan yang sangat bermakna bagi Fik. Sini Fik rangkumkan peristiwa2 manis ini mengikut no, iatu no haribulan lah...








                                        


P/S: X sempat nak update. Tu buat ringkasan je tu. hihihi

Thursday, September 20, 2012

Sweet 12.....



Happy Birthday Naim.... Semoga panjang umur, murah rezeki, hormat ibu bapa, guru dan menjadi anak murid cikgu Fik yang berjaya. Jangan nakal2 ya. Klau korang nak tau Naim ni antara anak murid Fik yang baik dan rapat dengan Fik. Dah hampir 3 tahun Fik ajar dia BM. Dia blh belajar tapi kena selalu beri teguran klau x dia x serius. Tapi dalam kelas oklah dia fokus bila cikgu ajar. Alhamdulilah.....

Wednesday, September 19, 2012

Penutup Bulan Kemerdekaan



Salam semua... Semalam kat sek Fik ada sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan tahun 2012. Fik ditugaskan melatih persembahan murid bersama cikgu haizar dan cikgu khairi a.k.a pak ngah. hihihi. Fik latih bahagian sajak n membantu bahagian lakonan. hihihi. 




Siti Syahrina & Jonathan yang Fik latih membaca sajak dan juga mengisyaratkannya kerana mereka berdua ni boleh mendengar sedikit dan juga bertutur.

Negaraku Bebas Merdeka 

Kini..
tiada lagi tangisan insan terseksa
keseorangan lemas mencari daratan
berkorban jiwa pertahan negara
penjajah durjana merampas segala

55 tahun dahulu..
stadium merdeka menjadi saksi
negaraku merdeka
rakyatku tidak lagi sengsara
menangis gembira mendapat cahaya

Merdeka..
tiada lagi penjajahan..
tiada lagi penderitaan..
tiada lagi jeritan penyeksaan..
tanah air ditadbir insan bijak pandai..
memimpin negara mengukir nama..

Kini..
55 tahun sudah merdeka..
negaraku cemerlang, gemilang dan terbilang
burung berkicau bebas berterbangan
menjadi tanda negaraku aman daman

Maju berteknologi
kearah mencapai wawasan 2020.
kugenggam erat amanah pejuang tanah air
pertahanlah kemerdekaan
teruskanlah kemajuan disebalik kemerdekaan
sematkanlah semangat jiwa bangsa di dalam hati
semoga kekal selamanya
Merdeka tetap merdeka

(sajak yang diorang berdua baca).


Rundingan Baling



Serangan Komunis



Tugu Negara


Pengisytiharan Merdeka


Tukang catwalk...


5 gambar kat atas ni antara babak lakonan yang kami bertiga ajar dengan bantuan cikgu Faiz gak. Nak tahu kami berlatih hari isnin n buat persmbhan smlm. hebat x? hihihi...


Ni pulak pertandingan pakaian beragam... Ni lah juaranya bdk tahun 1. Comel2 je diorang. (yang budak laki tgh2 tu anak angkat Fik, Daniel)...


Bergambar kenangan Fik bersama mereka....


Bersama budak comel ni.... Tengok tu nakal kan dia..


P/S : X sabar nak tunggu sambutan merdeka tahun depan lak. hihihi

Monday, September 17, 2012

Jangan Mempergunakan Orang Untuk Kepentingan Diri Sendiri.



Semalam Fik ada post satu status kat FB tapi xdelah ramai pun yang komen dan Fik x nak pun orang komen. Fik hanya meluahkan apa yg terbuku di hati ini. Korang pernah x terkena dengan situasi macam ni, x kiralah di mana korang berada di tempat kerja, di rumah, dengan kawan2 ke? ada x? Fik adalah byk kali kena gak dan Fik dah bersedia dengan apa yg berlaku ni. Kenapa lah kita nak cari org tu bila kita nakkan sesuatu je pada dia. Apa salahnya kita baik dengan semua orang kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin kita ada kawan yg rapat dengan kita tapi kita x semestinya kita hanya akan rapat dengan mereka saja kan. Pendapat Fik lah klau adalah orang mcm ni, kita wat biasa2 je bila dia tegur kita jawab n then x yah nak bgtau rahsia korang kat orang macam ni sbb orang macam ni muka ada banyak. Nanti habis semua org tahu tentang rahsia kita. 

Kadang2 Fik takut nak luahkan perasaan or rasa tidak puas hati Fik di FB bila teringat waktu mula2 kerja dulu sampai masuk dalam meeting sbb isu Fik wat status FB tu. Wlaupun Fik x dipersalahkan tapi macam Fik yang menyebabkan situasi itu berlaku. Walhal Fik x nyatakan langsung nama or individu yang Fik x puas hati itu. Klau korang malu x? mestilah kan... So Fik dah berhati2 skrg n Fik dah semakin matang. Fik ingat kisah yang berlaku dulu xde dah orang nak ungkit tapi masih lagi ada yg bergosip2 seolah2 diri ini buat kesalahan menfitanah or membunuh orang. Padahal hanya keluhan atas kestressan kerja. Lagi sakit hati bila ada orang yang x sepatutnya tahu, tahu mengenai hal ini yang dah berlalu begitu lama. Geram tapi senyap kan diri jer. Biar Allah yang membalasnya. 

Status Fik tu xde pun Fik tujukan pada sapa2, just peringatan untuk kawan2 dan juga diri sendiri. Klau ada yang tersentap, terasa, Fik minta maaf.... So kawan2 semua marilah kita hidup dengan suasana yang ceria lagi happy supaya dr kita x di landa STRESS.... STRESS boleh wat kita jadi gila.. So happy2kan diri di hari cuti. Salam Hari Malaysia... "Peace No War".

Thursday, September 13, 2012

Bertambah Lagi Usiaku.....


Hari ni bersamaan 13 September genaplah umur Fik, 28 Tahun.. Alhamdulilah... Masih berpeluang untuk hidup di muka bumi ini. Cantik x kek kat atas tu... Tu hasil surprisenya kawan2 sekerja yg selalu ada dr sejak Fik posting sampai hari ini. Tq banyak2, walaupun korang celebrate 2 hari awal. Harap persahabatan kita sampai bila2. Tq very much...


Ni lah mereka yang mengaturkan segala surprisenya.... TQ..


Ni lah ketua segala perancang... Tq kak ma.


Pagi2 pi sekolah Fik dah dapat  birthday dari anak murid yang paling bising dalam kelas yg Fik ajar, Kaylie. Dia mmg kecoh betul lagi2 hari ni. Tq kaylie.. Cikgu terharu sangat. X habis ngan Kaylie, ada sorang anak murid comel Fik bagi kad birthday kat Fik. Datang dengan tersipu2 senyuman bawa kad birthday kat Fik.


Daniel, Si Comel ni bawa kad yang dia lukis sendiri hasil pengajaran cikgu seninya cikgu Pauline. Fik senyum dan speechless masa dapat kad ni. Mmg terharu sangat. Memanh untung jadi cikgu kan, walaupun anak murid Fik ni Khas dia tetap menghargai cikgunya... Arghhh.. Birthday yang sangat bermakna tahun ni. 


Petang tadi pi main badminton dan kami kawan2 lelaki singgah makan lps tu. Tengok Fik kena paksa amik picture ni walaupun bukannya kek tu. Lawak sangat tapi sangat happy. Diorang berusaha panggil akak kedai makan tu nak lilin ni... hihihi tq semua.


P/S : Terima kasih pada sahabat2, rakan2 Fb, rakan2 sekerja, anak2 murid, rakan2 Blogger dan semua individu termasuk keluargaku kerana sudi wish birthday to me dan mendoakan yang baik2 buat Fik. Terima Kasih banyak2.

Wednesday, September 12, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!



Salam rabu buat semua... Tadi terbaca post kat FB pasal giveaway dari abg EQBAL ZACK. Nak mencuba nasib lah mana tahu dapat ke @ ianya hadiah sempena birthday Fik. Fik mmg suka gak baca novel, blh tambh koleksi. Senang je nak join klik je kat gambar atas tu. terus leh baca syarat2nya.. cepat2 mana tahu rezeki kita kan... hihihihi.. Nak tahu apa hadiahnya :

PRIZE DETAILS:

PRIZE x 2:  
Winners will receive book "Curi-Curi Suka" by Liyana Zahim + EZ Fridge Magnet (Limited Edition)


PRIZE x 10:  
Winners will receive EZ Fridge Magnet (Limited Edition)



Tarikh tutup : 16 September 2012 (11.59 p.m)



Cuba jangan tak cuba !!!!





Wednesday, September 5, 2012

Lain Dulu Lain Sekarang...



Salam rabu buat semua..... Malam ni tetiba tengok balik picture2 lama n rs nak gelak pun ada. Pejam celik pejam celik dah lama aku tinggalkan zaman universiti yang penuh dengan kenangan yg sangat indah. Rindu sangat rasanya. Korang tengok slim x Fik masa zaman universiti dulu. 6 tahun byk gila perubahan dulu kering je n sekarang hahahaha... makin bulat. Mana lbh ok korang rasa? hihihihi. 


Ni lah geng2 group assignment Fik masa kat UPSI dulu. Tinggal yg baju biru dan oren je yg blum kawin. Yang lain dah jadi bapak orang dah. Suci je gambar ni kan, hahahaha..... 


Tengok gelagat kami mmg happy je masing2. Seronok sangat. Semoga persahabatan antara kami terjalin sampai bila2. Bila nak wat reunion ya...

P/S : Banyak lagi gambar sebenarnya tapi malulah. Nanti ada yg gelak sampai guling2.

Saturday, September 1, 2012

VECTOR saya......


Salam 1 September buat semua... Hari ni kita dah masuk bulan September. Bulan September ni bulan yang byak memori bagi Fik.. Klau nak tahu korang kena baca blog ni sepanjang masa. Fik akan update dari semasa ke semasa. Klau korang perasan Fik dah tukar header baru. Cantik x? Fik buat sendiri kecuali gambar VECTOR tu. Tu Fik minta seseorang buatkan. Fik bagi gambar n suruh dia buatkan.. (kat atas tu kan ada). Cantik kan.... Fik x pandai nak buat. So rajin2 ya baca blog Fik. (mcm best je kan blog ni).

P/S : SEPTEMBER bulan seribu makna bagi ku.