Followers

Wednesday, November 14, 2012

Sabar kan Separuh Dari Iman



Alhamdulilah...... Allah memberi sifat sabar kepada setiap umatnya. Fik pun x terkecuali, banyak sifat sabar yang Allah beri pada Fik dan menjadikan Fik sekuat ini dan berjaya melalui liku2 kehidupan yang penuh cabaran. Sabar Fik bermula Fik dari kanak2 lagi, Fik jarang diberi kebenaran untuk keluar bermain seperti kanak2 lain sbb Fik kn jaga adik2 Fik pd masa tu. Mak ayah Fik orang susah. Fik juga bersabar bila ada kawan2 yang memulau Fik sbb ketidaksempurnaan yang ada pada Fik. Fik sangat bersabar bila berada di Menara Gading, hanya mampu melihat apa yang org beli sedangkan Fik kena berjimat cermat. Alhamdulilah Fik dah pun beroleh Ijazah dan pekerjaan yang sangat Fik sukai. Fik juga bersabar bila berhadapan dengan anak2 istimewa Fik yang x sesempurna orang lain. Fik sangat sayang pada mereka. Fik juga bersabar bila diberikan tugasa secara paksa dan kini alhamdulilah Fik redha dengan ketentuan itu. Fik sangat bersabar dengan kerenah kawan2 sedangkan mereka tahu berjanji tapi x menepatinya. Fik setia menunggu tapi mereka telah mempergunakan kesetiaan Fik itu utk kepentingan dr mereka. Hanya Allah saja yang tahu di tahap mana kesabaran Fik. Bukan sekali, bukan dua kali tapi berkali2. dengan harapan dia akan berubah. Oleh itu, rakan2 semua sentiasalah bersabar kerana Allah sentiasa bersama kita.

P/S : Luahan Seorang Yang Di Anugerahkan Sifat Penyabar


2 comments:

  1. sabar ye. tengok hasil sabar fik, fik dah berjaya ada karier sendiri. berkat fik sabar kan

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. sabar itu sifat yang baik. tiada sabar, maka tidak terkawal.

    ReplyDelete

Orang yang Comel