Followers

Sunday, November 18, 2012

Rindu Mereka.


Salam hujung minggu buat semua... Hari ni genap seminggu cuti sekolah bermula. Tapi Fik dah mula merindui telatah mereka. Perasaan ini datang setelah 2 tahun Fik cuba untuk tidak rapat dengan anak2 murid Fik. Ianya kembali menghantui diri Fik dengan telatah mereka yang comel2 itu. Perasaan ini adalah anugerah tuhan, nak menelefon mereka x boleh sebab mereka x boleh bertutur, nak 3G pun bukan semua ada telefon 3G. Hanya kenangan je lah yang dapat Fik ingati mereka. Tengok rakaman video bersama mereka jadilah. Nak tahu x siapa? 



Si Cantik namanya Aisyah, dah 3 tahun Fik ajar dia dan tahun depan tahun ke4 Fik akan ajar dia. Rindu dengan telatah dia yg cute lagi2 bila bercerita dengan kawan2nya, penuh dengan mimik muka. Sangat rajin dan pandai dalam kelas. Dia cakap dia suka belajar bahasa malaysia lagi2 cikgu Fik yang ajar kan... hahaha perasan.. Cita2nya nak jadi cikgu BM bila besar nanti. InsyaALLAH.


Yang comel ni pula, Daniel abang kepada dua orang adiknya yang kembar. Bila lalu je kelas dia ni, budak2 dia mesti panggil dia untuk beritahu yang Fik baru lalu. Dia ni cute gila, bila jumpa Fik cubit2 pipi dia. Gelagat dia yang kelakar tapi pemalu ni buat Fik mendekati dia dan bila jumpa Fik mesti minta phone nak main game. Kalaulah dia ni anak Fik, mesti hari2 leh cubit pipi dia. hihihihi...



Yang manja ni Naim, dia pun dah 3 tahun Fik ajar BM. Dia ni peminat JB (Justin Bieber), selalu nak pinjam phone nak dengar lagu baby. Dia leh dengar sikit, dia ni klau jumpa Fik mesti nak terkejutkan Fik. Bila besar nanti dia nak kerja kat F1 untuk jadi apa ntah nama pekerjaan tu yang tukar2 tayar pemandu F1 tu. Dia suka tgk cite2 lawak n ngeri2 macam cite SAW.  Fik x mampu nak tengok cite tu. Tapi apa yg Fik tahu ni manja sangat orangnya..


Ramai orang panggil dia ni SAKA Fik, selalu je ada ngan Fik. Ada je benda yang nak dia kacau. Esok dia nak amik result UPSR. Harap2 result dia oklah kan. Dia ni ok cuma kadang2 over sikit, tapi yang bestnya bila minta tolong mesti tolong punya, klau makan berselera je, x padan dengan badan kecik. Lepas ni x jumpa dah dia, sebab tahun depan dia dah masuk sekolah menengah. Fik doakan dia berjaya menjadi manusia yang berguna satu hari nanti.. 



Rindu sangat2 kat bebudak ni.. esok Fik kena pi Sekolah sampai khamis ada kursus. 
Oklah Fik nak tido dulu. Good nite!!!

7 comments:

  1. macam2 gelagat budak2 sekolah..hehe tergelak juga baca tadi..yg comel tu adik pakai baju malaysia..rasa nak cubit juga hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. cikgu pendidikan khas ker?
    aritu masa fiq prgi PBS kt 1 skolah ni.. rasa cm seronok plak tgk cikgu tu guna bahasa isyarat... tringin gak nk blajar...suka tgk gelagat murid2 tu... murid2 cm ni ada klbhn lain yg mengujakan bg fiq... cthnya pndai melukis dan sbgnya.. :)

    ReplyDelete
  3. thanks sebab join segmen jeritpekik
    untuk entry terbaik..nice entry bro..
    banyak pahala ni ajar mrurid pendidikan khas..selamat berjaya dalam bidang ni

    ReplyDelete
  4. as salam....

    ajar pendidikan khas ye... kagum dengan cikgu2 pendidikan khas. penyanyang dan penyabar orang nya

    ReplyDelete
  5. cikgufikri: aah ajr pend khas. mmg seronok ajar diorg. walaupun diorg x dengar diorg pun blh menari mcm org lain..

    afifudinsohaini: tq..

    mama adam: aah ajr pndkn khas. tq. alhamdulilah dikurniakn sifat penyayang n penyabar.

    ReplyDelete

Orang yang Comel