Followers

Friday, April 6, 2012

PERMATA HATI


Salam Jumaat buat semua.... Smart x Fik berbaju melayu? Gambor siap snap sendri lagi..... Fik jarang berbaju melayu pi kerja. Hari ni rajin lak tetiba. Kebetulan lak ada bacaan yassin anjuran Kelab Kebajikan Guru dan Staf. Sebenarnya bukan itu yg Fik nak citekan... Fik nak citekan ttg permata hati Fik iaitu anak2 murid kesayangan Fik... Setiap hari Jumaat Fik akan bersama mereka menunaikan smbhyg jumaat di masjid berhampiran sekolah...


Ni lah antara wajah2 anak murid kesayangan Fik.. Diorang walaupun deaf tidak ketinggalan menunaikan sembahyang jumaat walaupun murid tahun 1. Kadang2 kesian kat diorang sbb x leh nak dengar khutbah yg dibaca tapi kena ajar juga mereka untuk membiasakan diri dengan keadaan ini.


Tengok gelagat diorang bila balik dari masjid... 


Dalam ramai2 anak murid Fik, diorang ber2 nilah yg kalau x kacau Fik 1 hari x sah. Lepas solat jumaat ajak diorang kuar pi mamak. Yang sebelah kanan tu nama dia Fadzli Naim dan yang sorang lagi Naim. Walaupun Fadzli ni x boleh bercakap tapi dia berupaya membunyikan bunyi ayam dan perkataan cikgu... Manakala Naim lak boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur tapi sebutannya xdelah jelas sangat. Naim ni Fik dah 3 tahun ajar dia BM dan byklah perubahan yang Fik nampak. Dah 2 bulan Fik hanya mengajar dia sekali je seminggu sebab kelas dia diambil oleh guru pelatih. Fadzli ni bakal mengambil UPSR tahun ni dan Fik x pernah ajar dia. Kiranya ni tahun terakhir dia kat sekolah. Mesti lps ni Fik akan merindui kenakalan dia begitu juga dengan cikgu2 lain. Sangat seronok melayan mereka walaupun mereka nakal tapi comel.. hihihihi... Tu je lah cerita Fik utk kali ni... 


P/S : Siapa Fik tanpa anak2 murid istimewa ini..

3 comments:

  1. great story!!
    keep it up!
    Respek la bro! XD

    ReplyDelete
  2. baik nyer...untung diorg..=_=

    ReplyDelete
  3. tetiber timbul dalam hati wan untuk jadi guru.wan minat budak2 dan minat mengajar. =)

    ReplyDelete

Orang yang Comel